
KLSF 2025: MARA Corp dukung agenda SDG untuk masa depan lestari

MARA Fun Run Anak Malaysia 2025: Menyemarakkan semangat Unified Entity

KLSF 2025: MARA Corp dukung agenda SDG untuk masa depan lestari

MARA Fun Run Anak Malaysia 2025: Menyemarakkan semangat Unified Entity
KUALA LUMPUR, 20 September 2025 - Program Semarak Merdeka anjuran MARA Corporation telah dilaksanakan bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan ke-68 dengan pelbagai pengisian menarik yang merangkumi aspek rohani, budaya, seni serta sukan tradisional. Disertai oleh warga kerja MARA Corporation bersama subsidiari, GLSB dan M-Aero, program ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang memperkukuh rasa kebersamaan dan kecintaan terhadap tanah air.
Inisiatif ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme dan menghargai erti kemerdekaan, malah mengeratkan hubungan silaturrahim, kerjasama serta kebersamaan antara warga kerja Kumpulan MARA Corporation. Acara kemuncak Program Semarak Merdeka ialah Sukan Rakyat yang berlangsung di Camar Rimba, Taman Botani Negara, Shah Alam dengan gimik simbolik perasmian yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, YBhg. En. Yahaya Sani. Pelbagai permainan tradisional dipertandingkan, menghidupkan kembali warisan budaya bangsa.
MARA Corporation yakin program ini akan terus memupuk nilai perpaduan, menyemarakkan semangat cintakan tanah air serta memperkukuh kebersamaan, selari dengan aspirasi membina sebuah Malaysia yang harmoni dan sejahtera.















