Program Semarak Merdeka menyemai patriotisme dan kebersamaan
Lawatan kerja GCEO MARA Corporation ke AAT kukuhkan sinergi dan aspirasi MRO Bumiputera
Program Semarak Merdeka menyemai patriotisme dan kebersamaan
Lawatan kerja GCEO MARA Corporation ke AAT kukuhkan sinergi dan aspirasi MRO Bumiputera
MARA Fun Run Anak Malaysia 2025: Menyemarakkan semangat Unified Entity

KUALA LUMPUR, 28 September 2025 – Lebih 1,800 peserta termasuk warga kerja MARA, Kumpulan MARA Corporation, pelajar MRSM, keluarga, usahawan dan komuniti setempat telah memeriahkan MARA Fun Run Anak Malaysia 2025 yang diadakan di Ibu Pejabat MARA melalui laluan KL Car Free Morning. Acara ini disempurnakan oleh Pengerusi MARA, YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bersama Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Zulfikri Osman.

 

Acara ini menjadi kemuncak siri inisiatif MARA Sihat: The Sweet Escape, yang menekankan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan kesedaran kesihatan selari dengan aspirasi War on Sugar oleh KKM. Ia juga menzahirkan semangat unified entity yang menggembleng warga kerja, subsidiari, pelajar, NGO, komuniti serta rakan strategik di bawah agenda bersama.

 

Turut hadir memberi sokongan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, YBhg. Encik Yahaya Sani, bersama barisan pengurusan MARA Corporation dan subsidiari. Kehadiran ini memperkukuh peranan MARA Corporation sebagai anak syarikat strategik MARA dalam menjayakan agenda kesihatan, kebersamaan dan patriotisme.