MARA Corporation perkukuh agenda Pembangunan Bumiputera & Kelestarian Kewangan
Program Semarak Merdeka menyemai patriotisme dan kebersamaan
MARA Corporation perkukuh agenda Pembangunan Bumiputera & Kelestarian Kewangan
Program Semarak Merdeka menyemai patriotisme dan kebersamaan
KLSF 2025: MARA Corp dukung agenda SDG untuk masa depan lestari

2 September 2025 - MARA Corporation merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) atas penganjuran Majlis Perasmian Sesi Plenari Kuala Lumpur International Summit on Sustainable Future 2025 (KLSF 2025), sebuah sidang kemuncak multidisiplin yang menghimpunkan pemimpin global, pembuat dasar, ahli akademik, industri dan komuniti bagi membincangkan solusi terhadap cabaran kelestarian sejagat.

 

Dengan objektif mewujudkan platform kerjasama transdisiplin, memperkasa agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), serta memupuk jaringan strategik antarabangsa, penganjuran ini sekali gus memperkukuh ekosistem penyelidikan dan inovasi yang penting bagi masa depan lebih lestari.

 

Program ini turut menampilkan forum plenari, penyampaian anugerah kelestarian serta pameran, dengan penyertaan lebih 550 peserta daripada 19 buah negara. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi MARA, YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki selaku Tetamu Kehormat.