Majlis Sambutan Aidilfitri MARA Corporation 2025
Meneroka Sinergi Strategik: Lawatan GCEO MARA Corp ke INTEM bersama Glocal Link
Majlis Sambutan Aidilfitri MARA Corporation 2025
Meneroka Sinergi Strategik: Lawatan GCEO MARA Corp ke INTEM bersama Glocal Link
Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 13, BIL 2/2025 – Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK)

17 Jun 2025: Unit Integriti Kumpulan MARA Corporation dengan kerjasama Malaysia Anti-Corruption Academy (MACA) telah menganjurkan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) yang melibatkan penyertaan seramai 35 warga kerja daripada Kumpulan MARA Corporation dan GIATMARA.

 

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Yahaya bin Sani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation dengan aspirasi bagi memperkasakan pegawai dengan ilmu serta kemahiran dalam pengurusan integriti yang berkesan, sejajar dengan standard kebangsaan dan antarabangsa. Latihan intensif ini berlangsung selama 12 hari, dengan MARA Excellent Ventures Sdn. Bhd. (MEX) diberikan mandat penuh sebagai organisasi pelaksana program.

 

Sebagai inisiatif berterusan dalam memperkukuhkan integriti dan tadbir urus korporat MARA, penganjuran program CeIO ini diharap dapat melahirkan pegawai yang berintegriti tinggi dan mampu menjadi agen perubahan dalam membudayakan integriti secara menyeluruh di semua peringkat organisasi.