
Majlis Serumpun Lebaran MARA 2025: MARA Corp Perkukuh Ukhuwah, Raikan 7,000 Keluarga Besar

Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 13, BIL 2/2025 – Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK)

Majlis Serumpun Lebaran MARA 2025: MARA Corp Perkukuh Ukhuwah, Raikan 7,000 Keluarga Besar

Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 13, BIL 2/2025 – Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK)
25 April 2025: Dalam semangat Syawal yang mengutamakan nilai kesyukuran dan silaturahim, MARA Corporation telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Pejabat MARA Corporation, Aras 20, Menara MARA.
Majlis yang berlangsung sederhana ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, yang turut diiringi oleh Ketua Pengarah MARA, Dato’ Zulfikri Osman.
Di samping menikmati pelbagai juadah, majlis ini berperanan sebagai platform untuk mengukuhkan ukhuwah, menyemai semangat kebersamaan, serta menyemarakkan rasa kekeluargaan dalam kalangan warga kerja dan tetamu yang hadir.
MARA Corporation merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan sambutan ini. Semoga jalinan silaturahim yang terukir terus kukuh, menjadi pemangkin untuk kita melangkah lebih gagah dan gemilang bersama sebagai satu keluarga.






























