
Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 13, BIL 2/2025 – Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK)

MARA Corp Strengthens Cybersecurity Awareness across the Group

Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 13, BIL 2/2025 – Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK)

MARA Corp Strengthens Cybersecurity Awareness across the Group
18 Jun 2025: Lawatan kerja YBrs. Encik Yahaya bin Sani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation ke INTEM hari ini bertujuan meninjau perkembangan, prestasi serta kemudahan fasiliti di bawah seliaan Glocal Link Sdn. Bhd. (GLSB). Lawatan ini juga diadakan bagi menganalisis kebolehpastian cadangan penyambungan kontrak penyewaan premis INTEM kepada GLSB.
Hadir sama dalam sesi ini ialah En. Badrul Hisham bin Baharum, Pengurus Besar GLSB; En. Mohd Norhisyam bin Mahayudin, Timbalan Pengarah BIK MARA; En. Wan Mohammed Syazwan bin Wan Mohammed, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan MARA Corporation; serta wakil dari Pejabat MARA Negeri (PMN) Selangor.
Perbincangan turut merangkumi potensi penambahbaikan dan pembangunan keusahawanan, termasuk sesi interaksi bersama para usahawan makanan yang beroperasi di INTEM. MARA Corporation terus komited dalam memperkasakan ekosistem keusahawanan melalui pemantauan berterusan dan sokongan strategik di peringkat akar umbi.














