Bicara bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation
Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak Pusat Jagaan Kasih Ilahi
Perlawanan bola sepak persahabatan MARA Mavericks FC & CEO All Stars FC

25 Februari 2024: Perlawanan bola sepak persahabatan di antara pasukan pilihan pengurusan MARA (MARA Mavericks FC) dan CEO Subsidiari MARA (CEO All Stars) sengit dengan rentak permainan saling menyerang sejak tiupan wisel permulaan sehingga tamat permainan.

Acara julung kalinya itu bermula dengan penuh semangat apabila kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik masing-masing. Pasukan MARA Mavericks FC mendahului jaringan apabila Iskandar Zainuddin berjaya membolosi gawang pihak lawan pada set kedua permainan.

CEO All Stars kemudiannya bangkit dari kegagalan itu dan akhirnya dapat menyamakan jaringan apabila Mahdzir Othman merembat kencang melepasi penjaga gol MARA Mavericks FC, mengikat keputusan seri satu sama sehingga ke akhir perlawanan.

Perlawanan persahabatan di Padang Sintetik, Universiti Kuala Lumpur MIAT, Kampus Sepang dipimpin Ketua Pengarah MARA, Dato’ Sri Azhar Abdul Manaf selaku Kapten Pasukan MARA Mavericks FC, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corp, Dato’ Julainie Mohd Salleh mengetuai pasukan CEO All Stars.