Perlawanan bola sepak persahabatan MARA Mavericks FC & CEO All Stars FC
Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak Pusat Jagaan Kasih Ilahi

2 April 2024: Kumpulan MARA Corporation (MARA Corp) telah menjayakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak Pusat Jagaan Kasih Ilahi di Hotel AnCasa, Kuala Lumpur.

Seramai 30 orang anak-anak, berusia lima hingga enam tahun, diraikan oleh semua kakitangan yang hadir pada majlis itu. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Julainie Mohd Salleh turut menyampaikan sumbangan kepada wakil pusat jagaan tersebut. Ia bagi membiayai kos penyelenggaraan dan operasi pusat itu. Pada majlis itu juga, anak-anak turut menerima sumbangan duit raya.