Majlis Amanat YAB Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
Perlawanan bola sepak persahabatan MARA Mavericks FC & CEO All Stars FC
7 Februari 2024: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation (GCEO), Dato’ Julainie Mohd Salleh telah diundang untuk berkongsi aspirasi dan pengalamannya pada program Bicara Bersama di Wisma PMB, Kuala Lumpur.
Sesi tersebut membicarakan tentang hala tuju dan strategi perniagaan serta cabaran-cabaran yang telah dan bakal dihadapi Kumpulan Perlaburan MARA Berhad. Warga Kumpulan Pelaburan MARA turut berpeluang bersoaljawab dalam program yang berlangsung hampir dua jam itu.
Lebih 150 warga PMB hadir pada majlis itu yang turut disiarkan secara langsung menerusi aplikasi Zoom.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pelaburan MARA Berhad, Mahdzir Othman; Ketua Pegawai Eksekutif PMB Tijari Berhad, Norleza Abu Bakar; Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Berhad, Mahani Ibrahim dan anggota pengurusan kanan MARA Corporation.