
Majlis Sinar Kasih Ramadan & Iftar MARA Corporation 2026

Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kali ke-12

Majlis Sinar Kasih Ramadan & Iftar MARA Corporation 2026

Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kali ke-12
KUALA LUMPUR, 12 Mac 2026 – Sesi Naratif Eksklusif Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dikelolakan oleh sektor Pelaburan telah berlangsung di Anjung Korporat, Ibu Pejabat MARA, dengan kehadiran Dato’ Zulfikri Osman yang berkongsi hala tuju strategik organisasi serta agenda transformasi MARA bagi tempoh akan datang.
Majlis ini turut menyaksikan peluncuran beberapa inisiatif penting termasuk Pelan Strategik MARA 2026-2030, Dashboard Sektor Pelaburan, Sistem Aplikasi Klinik Panel MARA serta Transformasi Digital Bahagian Kewangan MARA sebagai langkah memperkukuh kecekapan operasi dan penyampaian perkhidmatan.
Program ini juga diserikan dengan beberapa sesi penyampaian dan pemeteraian kerjasama strategik, antaranya penyampaian Sijil Profesional Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), pertukaran Letter of Intent (LOI) antara PMB Sustainable Sdn. Bhd. dan Isra Consulting Sdn. Bhd., serta penyerahan surat lantikan rakan strategik MARA Incorporated Sen Bhd bagi projek solar di kampus Universiti Kuala Lumpur dan Kolej Poly-Tech MARA. Majlis turut menyaksikan penyerahan bas ‘double-decker’ untuk kegunaan komuniti luar bandar di Zon Timur, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memperkasa pembangunan sosioekonomi dan akses kemudahan kepada masyarakat.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah MARA, Encik Zahari Aziz; Pengarah Kanan Pelaburan MARA, Dr. Azmi Amat Murjan; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, Encik Yahaya Sani; Pengurusan Tertinggi; Ketua-ketua Syarikat Kumpulan MARA Corp serta warga kerja MARA, MARA Corp dan subsidiari.





















