Naratif Ketua Pengarah MARA 2026
Majlis Perasmian Sambutan 60 Tahun MARA
Naratif Ketua Pengarah MARA 2026
Majlis Perasmian Sambutan 60 Tahun MARA
Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kali ke-12

BANGI, 14 April 2026 – Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Kali Ke-12 telah berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) sebagai pengiktirafan kepada para graduan yang berjaya menamatkan program pensijilan integriti profesional, yang menjadi tonggak penting dalam memperkukuh tadbir urus, integriti dan pematuhan organisasi.

 

Seramai 486 graduan diraikan pada majlis ini, termasuk 35 warga Kumpulan MARA Corporation (MARA Corp) yang melibatkan MARA Corp, KPTM, UniKL, PMB, MARA INC, MARA Liner, RCB, MEX dan GLSB, serta 7 lagi wakil daripada GIATMARA. Kesemua 35 peserta Kumpulan MARA Corp ini telah menerima pensijilan CeIO bagi Sektor Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK), mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kompetensi integriti di seluruh ekosistem kumpulan.

 

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Azam Baki. Turut hadir ialah Pengarah Perkhidmatan Korporat Kumpulan MARA Corp, Encik Mazri Abdul Rahim serta Pengarah Risiko, Integriti & Pematuhan Kumpulan MARA Corp, Encik Iqzuan Idris.

 

Secara keseluruhannya, penganjuran ini memperlihatkan usaha strategik Kumpulan MARA Corp dalam melahirkan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) yang berpengetahuan, beretika dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi memperkukuh integriti dan tadbir urus organisasi yang mampan.