
Majlis Perasmian Surau Al-Busana di BUSANA @ MENARA MARA dan Program CSR

Naratif Ketua Pengarah MARA 2026

Majlis Perasmian Surau Al-Busana di BUSANA @ MENARA MARA dan Program CSR

Naratif Ketua Pengarah MARA 2026
KUALA LUMPUR, 10 Mac 2026 – MARA Corporation (MARA Corp) telah menganjurkan Majlis Sinar Kasih Ramadan & Iftar 2026 sebagai inisiatif tahunan bagi memperkukuh semangat ukhuwah dan kebersamaan antara pucuk pimpinan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Ahli Lembaga Pengarah, pengurusan tertinggi serta warga kerja Kumpulan MARA Corp. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah MARA merangkap Pengerusi MARA Corp, Dato’ Zulfikri Osman bersama barisan pengurusan MARA, subsidiari serta jemputan khas, Profesor. Dato’ Dr. Haji Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim yang menyampaikan tazkirah Ramadan.
Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, program ini turut menzahirkan nilai keprihatinan korporat melalui kempen MARA Corp SMILE dengan menyantuni anak-anak daripada Persatuan Kebajikan Rumah Anak-anak Yatim Damai Kuang. Inisiatif ini bertujuan berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan, di samping memberi peluang kepada warga kerja dan kepimpinan organisasi untuk berinteraksi dalam suasana harmoni dan penuh makna.
Majlis turut diisi dengan sesi penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim, solat Maghrib berjemaah serta jamuan iftar, selain persembahan nasyid daripada kumpulan Zayne dan persembahan bakat oleh anak-anak Asrama Damai Kuang. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen MARA Corp dalam memupuk nilai kebersamaan, keseimbangan antara tuntutan profesional dan pengayaan rohani, serta memperkukuh hubungan antara organisasi dan komuniti.
Turut hadir, Timbalan-timbalan Ketua Pengarah MARA; Pengarah Kanan Pelaburan MARA; Ahli-ahli Lembaga Pengarah; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corp, Encik Yahaya Sani; Pengurusan Tertinggi; Pengerusi dan Ketua-ketua Syarikat Kumpulan MARA Corp serta warga kerja MARA Corp.





















