MARA Corporation dukung usaha YPM perkasa pendidikan luar bandar melalui Program Tinta Emas
MARA Corporation dan UniKL MIAT perkukuh kerjasama strategik dengan TUDM
MARA Corporation dukung usaha YPM perkasa pendidikan luar bandar melalui Program Tinta Emas
MARA Corporation dan UniKL MIAT perkukuh kerjasama strategik dengan TUDM
MARA Corporation terus sokong agenda pendidikan luar bandar bersama YPM

KUALA KEDAH, 26 Oktober 2025 – MARA Corporation (MARA Corp) terus komited dalam menyokong inisiatif pembangunan pendidikan luar bandar menerusi penyerahan bantuan persekolahan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di SK Taman Bersatu, Kuala Kedah. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corp, Encik Yahaya Sani yang menyerahkan sumbangan berupa 40 pasang cermin mata dan 100 unit beg sekolah kepada para pelajar terpilih.

 

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan YPM dalam membantu meringankan beban keluarga B40 di samping memastikan akses pendidikan yang lebih inklusif dan berkualiti untuk semua pelajar, khususnya di kawasan luar bandar.

 

Usaha ini sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI serta komitmen Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memperkasa komuniti desa melalui ilmu dan pendidikan berkualiti. Sebagai sebahagian daripada ekosistem MARA, MARA Corp sentiasa mendukung agenda pendidikan sebagai pemangkin pembangunan modal insan Bumiputera yang berdaya saing dan seimbang.

 

Turut hadir semasa majlis ialah Pegawai Perhubungan Pendidikan Negeri Kedah, Encik Hayazi Azizan dan Encik Muhd Akmal Fawwaz Muhamad Ali.