
MARA Corporation terus sokong agenda pendidikan luar bandar bersama YPM

Gegar Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2025: MARA SQUAD UNLEASHED

MARA Corporation terus sokong agenda pendidikan luar bandar bersama YPM

Gegar Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2025: MARA SQUAD UNLEASHED
SUBANG, 30 Oktober 2025 – Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) kampus Subang, institusi di bawah naungan MARA Corporation (MARA Corp), telah menerima lawatan rasmi oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), YBhg. Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan Aris TUDM. Lawatan ini bertujuan meninjau potensi kerjasama strategik antara UniKL MIAT dan TUDM dalam memperkukuh ekosistem latihan dan teknologi penerbangan negara.
Delegasi TUDM turut dibawa melawat ke beberapa fasiliti utama termasuk Teaching Factory Pen Aviation Sdn. Bhd., Hammock Helicopter Sdn. Bhd., Galaxy Aerospace (M) Sdn. Bhd., serta bengkel komposit dan kimpalan yang menjadi pusat latihan teknikal utama dalam industri penerbangan tempatan. Taklimat berkenaan UniKL MIAT turut disampaikan oleh Timbalan Presiden (Akademik & Teknologi) UniKL, Prof. Dr Kushsairy dan Dekan UniKL MIAT, Dr. Mohd Hafizi Shamsudin.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan MARA Corp dalam memperkukuh jaringan strategik bersama agensi pertahanan negara, seterusnya memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) dalam bidang aeroangkasa. MARA Corp terus menyokong aspirasi negara ke arah pembangunan tenaga mahir berteknologi tinggi dan berdaya saing di peringkat global.
Turut hadir, barisan pimpinan TUDM; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corp, Encik Yahaya Sani; pengurusan tertinggi UniKL dan UniKL MIAT.





















