MARA lancar Civil Defence Auxiliary (CDA) perkukuh kesiapsiagaan warga MARA dan sokong agenda keselamatan negara
MARA Corporation terus sokong agenda pendidikan luar bandar bersama YPM
MARA lancar Civil Defence Auxiliary (CDA) perkukuh kesiapsiagaan warga MARA dan sokong agenda keselamatan negara
MARA Corporation terus sokong agenda pendidikan luar bandar bersama YPM
MARA Corporation dukung usaha YPM perkasa pendidikan luar bandar melalui Program Tinta Emas

KEDAH, 25 Oktober 2025 – Majlis Perasmian Penutupan Program Tinta Emas anjuran Yayasan Pelajaran MARA (YPM) telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation (MARA Corp), YBhg. En. Yahaya Sani di SMK Tengku Laksamana, Kedah. Program ini dilaksanakan sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) YPM dalam memperkukuh akses pendidikan luar bandar melalui kelas bimbingan percuma, sesi mentor-mentee dan perkongsian kaedah pembelajaran berkesan bersama pelajar cemerlang dan tenaga pengajar berpengalaman.

 

Sejak dilaksanakan pada Jun lalu, Program Tinta Emas telah memberi manfaat kepada 100 pelajar daripada sekolah-sekolah berhampiran dengan sokongan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah serta Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar. Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dan YPM dalam memperkasa potensi pelajar, memupuk semangat belajar sepanjang hayat serta melahirkan generasi berdaya saing yang mampu menjadi pelapis kepimpinan masa hadapan.

 

Sebagai sebahagian daripada ekosistem MARA, MARA Corp komited menyokong inisiatif pendidikan yang memberi impak langsung kepada masyarakat khususnya pelajar luar bandar. Melalui program seperti Tinta Emas, MARA Corp akan terus mendokong agenda pembangunan modal insan Bumiputera yang cemerlang, berilmu dan mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

 

Turut hadir, Pengarah MARA Negeri Kedah, En. Rizal Effendi Rozali; Pengetua SMK Tengku Laksamana, Pn. Noraini Othman; Pegawai Perhubungan Pendidikan YPM Kedah/Perlis, En. Hayazi Azizan dan En. Akmal Fawwaz serta guru dan pelajar SMK Tengku Laksamana.