
MARA Corporation sokong gaya hidup sihat menerusi Program MARA Sihat: The Sweet Escape

GCEO MARA Corp sokong dan memeriahkan MATEC2025

MARA Corporation sokong gaya hidup sihat menerusi Program MARA Sihat: The Sweet Escape

GCEO MARA Corp sokong dan memeriahkan MATEC2025
BUKIT JALIL, 2 November 2025 – Majlis Peluncuran MARA Automotive Ecosystem 2025 (MATEC2025) telah berlangsung dengan penuh gemilang di Stadium Nasional Bukit Jalil. Program selama tiga hari ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YB Datuk Hajah Rubiah Wang dan menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik.
Lebih daripada sekadar pameran automotif, MATEC2025 menjadi platform strategik yang menggabungkan teknologi, gaya hidup dan hiburan, seiring aspirasi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan MARA Corporation (MARA Corp) untuk memperkukuh ekosistem automotif Bumiputera dan memperkasa bakat tempatan dalam industri berimpak tinggi.
Turut hadir, barisan pengurusan tertinggi MARA, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corp, Encik Yahaya Sani bersama barisan pengurusan tertinggi MARA Corp dan subsidiari.


















