
MARA Corporation terus menyokong transformasi industri automotif melalui MATEC2025

MARA Corporation raikan kejayaan graduan UniKL di Konvokesyen ke-22

MARA Corporation terus menyokong transformasi industri automotif melalui MATEC2025

MARA Corporation raikan kejayaan graduan UniKL di Konvokesyen ke-22
BUKIT JALIL, 2 November 2025 – Acara automotif terbesar negara, MARA Automotive Ecosystem 2025 (MATEC2025) melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang di Stadium Nasional Bukit Jalil. Program anjuran MARA ini berlangsung selama tiga hari dan menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti Autoshow & Motorshow, Drift Show, EV Showcase, Pushbike Challenge, Mini 4WD serta Nitro Night Concert, yang berjaya menarik ribuan pengunjung dari seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation (MARA Corp), Encik Yahaya Sani turut hadir bagi menyokong dan memeriahkan program ini. Beliau turut berkesempatan meninjau beberapa booth pameran subsidiari MARA yang terlibat, sekali gus menunjukkan komitmen MARA Corp dalam memperkukuh ekosistem automotif Bumiputera serta menggalakkan penyertaan syarikat tempatan dalam bidang teknologi dan inovasi automotif.
























