Gegar Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2025: MARA SQUAD UNLEASHED
MARA Corporation terus menyokong transformasi industri automotif melalui MATEC2025
Gegar Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2025: MARA SQUAD UNLEASHED
MARA Corporation terus menyokong transformasi industri automotif melalui MATEC2025
MARA Corporation sokong gaya hidup sihat menerusi Program MARA Sihat: The Sweet Escape

KUALA LUMPUR, 2 November 2025 – Seramai 500 peserta terdiri daripada warga kerja dan ahli keluarga Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kumpulan MARA Corporation (MARA Corp) dan subsidiari telah menyertai program MARA Sihat: The Sweet Escape yang diadakan sempena sambutan Hari Sukan Negara anjuran Bahagian Binaan dan Selenggaraan (BBS), Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif (BITK), Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidiari (BPPS) dan AKRAB.

 

Program ini berlangsung meriah di perkarangan Ibu Pejabat MARA melalui laluan KL Car Free Morning dan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), Puan Rohayah Mohd Zain.

 

Turut hadir, barisan pengurusan MARA; Pengarah Perundangan Korporat dan Kesetiausahaan Kumpulan MARA Corp, Puan Nazli Hani Saat dan pengurusan subsidiari.

 

Penglibatan ini mencerminkan komitmen MARA Corp dalam menyokong gaya hidup sihat, memperkukuh semangat kebersamaan serta mempererat hubungan antara warga MARA dan komuniti korporatnya.