Empowering future HR Leaders through AI Innovation
MARA Corp SMILE bersama komuniti: Menyatukan hati, membawa inspirasi
Empowering future HR Leaders through AI Innovation
MARA Corp SMILE bersama komuniti: Menyatukan hati, membawa inspirasi
MARA Corporation Team Day 2025: A Unified Entity

PULAU PINANG, 15 November 2025 – Program MARA Corp Team Day 2025 telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari, dari 13 hingga 15 November 2025 di Park Royal Penang, bertemakan “A Unified Entity.” Program ini mencerminkan komitmen MARA Corporation (MARA Corp) dalam memperkukuh budaya kerja berpasukan, mempertingkat sinergi dan mempererat hubungan sesama warga kerja ke arah pencapaian hala tuju strategik korporat 2026.

 

Pelbagai aktiviti pembangunan diri, bengkel kepimpinan dan aktiviti kolaboratif dijalankan sepanjang program bagi menekankan nilai kepercayaan, akauntabiliti dan semangat sepasukan. Penglibatan aktif semua peserta menjadikan program ini bukan sahaja menyeronokkan, malah bermakna dalam membina pasukan yang lebih padu dan berdaya saing.

 

Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR), MARA Corp turut menganjurkan Program CSR Back to School 2026 yang dilaksanakan bersama GIATMARA Pulau Pinang di SK Telok Bahang dan Masjid Jamek Telok Bahang.

 

Dengan semangat “A Unified Entity,” MARA Corp terus komited melangkah sebagai satu pasukan yang bersatu, teguh dan berdaya maju dalam membawa organisasi ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi.