MARA Corporation Team Day 2025: A Unified Entity
Mandat Pengerusi MARA Corporation sempena sesi libat urus bersama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kumpulan MARA Corporation
MARA Corporation Team Day 2025: A Unified Entity
Mandat Pengerusi MARA Corporation sempena sesi libat urus bersama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kumpulan MARA Corporation
MARA Corp SMILE bersama komuniti: Menyatukan hati, membawa inspirasi

TELUK BAHANG, 15 November 2025 – MARA Corporation (MARA Corp) meneruskan komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui penganjuran Program CSR Back to School 2026, di bawah kempen “MARA Corp SMILE – Serve, Moments, Inspire, Love, Empathy.” Program yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Bahang dan Masjid Jamek Telok Bahang ini dilaksanakan dengan kolaborasi bersama GIATMARA Pulau Pinang, melibatkan lebih 350 peserta termasuk pelajar, ibu bapa, warga sekolah dan komuniti setempat.

 

Majlis dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, YBhg. Encik Yahaya Sani. Melalui program ini, MARA Corp menzahirkan keprihatinan terhadap keperluan anak-anak daripada keluarga B40 melalui penyampaian kelengkapan sekolah kepada 100 pelajar, disertai khidmat komuniti oleh GIATMARA seperti servis tukar minyak motosikal, servis gunting rambut, servis express manicure dan servis ukiran henna.

 

Inisiatif ini mencerminkan nilai SMILE yang menjadi teras budaya MARA Corp. Nilai Serve diterjemahkan melalui semangat berkhidmat kepada masyarakat, Love dan Empathy dizahirkan melalui keprihatinan terhadap golongan memerlukan, manakala Moments dan Inspire dihidupkan melalui detik kegembiraan dan inspirasi yang dikongsi bersama komuniti. MARA Corp akan terus memperkukuh pelaksanaan inisiatif sebegini agar manfaat sosial dan pendidikan dapat disemai secara berterusan demi kesejahteraan bersama.

 

Turut hadir, Penyelaras KADUN Teluk Bahang, Encik Ahmad Zaki Shah Datuk Shah Headan; Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya, Pulau Pinang, Dr. Mohd Siroj Abdul Lathiff; Pengarah MARA Negeri Pulau Pinang, Encik Abdul Halim Mohammad; Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Bahang, Puan Sarima Ishak; Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Daerah Barat Daya, Dr. Suhairi Arumugam Abdullah; Pengarah GIATMARA Negeri Pulau Pinang, Encik Tajul Muluk Shaari; Pegawai Perhubungan Pendidikan Yayasan Pelajaran MARA Negeri Pulau Pinang, Encik Afzal Nasir Ibrahim; warga kerja MARA Corp dan Glocal Link Sdn Bhd (GLSB).