
MARA Corporation dan UniKL MIAT perkukuh kerjasama strategik dengan TUDM

MARA Corporation sokong gaya hidup sihat menerusi Program MARA Sihat: The Sweet Escape

MARA Corporation dan UniKL MIAT perkukuh kerjasama strategik dengan TUDM

MARA Corporation sokong gaya hidup sihat menerusi Program MARA Sihat: The Sweet Escape
KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2025 – Semangat kesukanan dan kebersamaan warga Majlis Amanah Rakyat (MARA) kembali membara menerusi Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2025 yang dilancarkan dalam satu majlis penuh semangat di Anjung Korporat, Ibu Pejabat MARA. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pengarah MARA, Dato’ Zulfikri Osman yang turut menyerahkan jersi dan kit kejohanan kepada wakil pasukan sebagai simbolik pelancaran rasmi kejohanan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, Encik Yahaya Sani turut dilantik sebagai Ketua Kontinjen Sepak Takraw (Chef de Mission) bagi kejohanan tahun ini. Penyertaan ini bukan sekadar mencerminkan kesungguhan warga MARA Corp dalam arena sukan, tetapi juga menggambarkan semangat perpaduan, disiplin dan daya juang tinggi yang menjadi teras budaya kerja organisasi.





















