GCEO MARA Corp sokong dan memeriahkan MATEC2025
Empowering future HR Leaders through AI Innovation
GCEO MARA Corp sokong dan memeriahkan MATEC2025
Empowering future HR Leaders through AI Innovation
MARA Corporation raikan kejayaan graduan UniKL di Konvokesyen ke-22

KUALA LUMPUR, 3 November 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation (MARA Corp), Encik Yahaya Sani telah menyempurnakan penyampaian sijil kepada para graduan pada sesi keenam Majlis Konvokesyen Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ke-22 yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

 

Pada konvokesyen kali ini, jumlah para graduan ialah seramai 6,872 orang, dengan 718 graduan diraikan pada sesi keenam, terdiri daripada penerima Ijazah Sarjana Muda dari tiga kampus iaitu UniKL Malaysian Institute of Industrial Technology (MITEC), UniKL Malaysia France Institute (MFI) dan UniKL Malaysian Institute of Information Technology (MIIT).

 

Majlis Konvokesyen UniKL ke-22 turut diraikan dengan kehadiran para duta dari Sudan, Mesir, Indonesia dan Timor-Leste, wakil industri serta rakan strategik antarabangsa yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan pelbagai inisiatif akademik dan kolaborasi industri UniKL. Encik Yahaya Sani juga berkesempatan melawat beberapa reruai pameran subsidiari MARA Corp, industri dan Centre for Alumni & Career Services (CACS).

 

MARA Corp merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan dan alumni UniKL serta berharap agar kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai profesional Bumiputera yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara di peringkat global.