
MARA Corporation Strengthens Awareness Compliance with the Personal Data Protection Act (PDPA)

KLSF 2025: MARA Corp dukung agenda SDG untuk masa depan lestari

MARA Corporation Strengthens Awareness Compliance with the Personal Data Protection Act (PDPA)

KLSF 2025: MARA Corp dukung agenda SDG untuk masa depan lestari
29 Ogos 2025 - MARA Corporation komited mendukung agenda pembangunan Bumiputera melalui pelaburan strategik yang mampu menjana sumber kewangan jangka panjang dan mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan. Aspirasi ini ditekankan oleh Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, dalam Program Naratif Eksklusif Ketua Pengarah MARA yang berlangsung di Ibu Pejabat MARA hari ini.
Pelbagai pengisian signifikan telah berlangsung, antaranya penganugerahan Sijil Profesional FMVA, penyerahan kontrak penyelenggaraan kapal APMM dan naik taraf bot ronda Polis Marin kepada UniKL Resources Sdn. Bhd. (URSB), pengiktirafan Asia AeroTechnic Sdn. Bhd. (AAT) sebagai Organisasi Latihan Penyelenggaraan (MTO) oleh CAAM, serta penyerahan surat tawaran pajakan Beaumont House di London kepada MARA Inc.
Majlis turut menyaksikan pelancaran UniKL FLEX – Digital TVET Education Initiative, yang bakal membuka akses pembelajaran jarak jauh kepada pelajar antarabangsa dan dewasa bekerja. Acara disemarakkan lagi dengan pengisian patriotik sempena bulan kebangsaan, penyerahan Bas MARA Liner, replika enjin bas kepada UniKL MIMET, serta sumbangan pendidikan oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM) kepada 20 pelajar B40.
MARA Corporation akan terus berganding bahu bersama MARA dan subsidiari dalam memacu kelestarian kewangan, memperkukuh keupayaan komersial, serta menyumbang kepada kesejahteraan bangsa dan negara.





















