Kerjasama Strategik Industri Penerbangan melalui lawatan Lion Air dan Batik Air ke UniKL MIAT
Engagement Session with the Chairman of BARC, MARA Corporation
Kerjasama Strategik Industri Penerbangan melalui lawatan Lion Air dan Batik Air ke UniKL MIAT
Engagement Session with the Chairman of BARC, MARA Corporation
MARA Corporation meraikan pencapaian atlet Sepak Takraw Negara

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2025 – MARA Corporation (MARA Corp) berbesar hati menerima kunjungan dua pemain Sepak Takraw Malaysia yang juga merupakan warga kerja Majlis Amanah Rakyat (MARA), iaitu Mohammad Syahir Mohd Rosdi dan Amirul Zazwan Amir. Kehadiran mereka melambangkan keseimbangan antara kecemerlangan kerjaya dan pencapaian cemerlang dalam arena sukan di peringkat kebangsaan.

 

MARA Corp sentiasa komited menyokong pembangunan bakat holistik dalam kalangan warga MARA, termasuk penglibatan dalam sukan berprestasi tinggi. Pencapaian atlet MARA ini bukan sahaja membanggakan organisasi, malah menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

 

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian membanggakan pada masa hadapan, sekali gus terus mengharumkan nama MARA dan negara di persada sukan.