
MARA Corporation meraikan kejayaan 9,100 Graduan UPTM dan KPTM

MARA Corporation meraikan pencapaian atlet Sepak Takraw Negara

MARA Corporation meraikan kejayaan 9,100 Graduan UPTM dan KPTM

MARA Corporation meraikan pencapaian atlet Sepak Takraw Negara
SUBANG, 22 Disember 2025 - Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan MARA Corporation (MARA Corp) telah menerima kunjungan hormat daripada kepimpinan Lion Air Group dan Batik Air di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), Subang, yang diketuai oleh Pengasas Bersama Lion Air, Pak Rusdi Kirana, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy. Lawatan ini membuka ruang perbincangan lanjut bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan modal insan industri penerbangan.
Sesi libat urus ini memfokuskan kepada penerokaan peluang kerjasama antara Lion Air Group, Batik Air, MARA dan MARA Corp, khususnya dalam inisiatif pembangunan modal insan dalam industri penerbangan dan pemerkasaan perniagaan Asia AeroTechnic (AAT). Delegasi turut diberikan taklimat dan dibawa melawat kemudahan utama termasuk Hangar 1, Hangar 2, serta fasiliti latihan dan operasi di UniKL MIAT.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan MARA Corporation dalam memperkukuh kerjasama industri dan akademia bagi menyokong pembangunan kemahiran, pertumbuhan mampan, serta kelestarian ekosistem penerbangan negara.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah MARA merangkap Ahli Lembaga Pengarah MARA Corporation, YBhg. Ir. Dr. Mahzan Teh; Pengarah Perancangan & Komunikasi Korporat Kumpulan MARA Corp, YBhg. Dato’ Amir Azhar Ibrahim; Pengarah Perkhidmatan Korporat Kumpulan MARA Corp, Encik Mazri Abdul Rahim; Dekan UniKL MIAT, Dr. Mohd Hafizi Shamsudin; Pengarah Operasi AAT, Encik Wan Khairuzzaman Wan Harun; Pengarah Pembangunan Perniagaan & Pemasaran AAT, YM Raja Amirruddin Raja Kamal dan delegasi daripada Lion Air dan Batik Air.












