MARA Corporation Group Business Plan & Budget 2026 Retreat strengthens strategic alignment and financial excellence
MARA Corporation dukung usaha YPM perkasa pendidikan luar bandar melalui Program Tinta Emas
MARA Corporation Group Business Plan & Budget 2026 Retreat strengthens strategic alignment and financial excellence
MARA Corporation dukung usaha YPM perkasa pendidikan luar bandar melalui Program Tinta Emas
MARA lancar Civil Defence Auxiliary (CDA) perkukuh kesiapsiagaan warga MARA dan sokong agenda keselamatan negara

KUALA LUMPUR, 21 Oktober 2025 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menganjurkan Majlis Peluncuran Civil Defence Auxiliary (CDA) dan Penyerahan Watikah Pegawai Bersekutu APM Tahun 2025, bertempat di Anjung Korporat, Ibu Pejabat MARA. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah MARA, YBhg. TPj. Kehormat (PA) Dato’ Zulfikri Osman dan turut dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya APM, YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim Mohamed.

 

Pelaksanaan program CDA ini merupakan langkah strategik dalam memperkukuh kesiapsiagaan warga MARA terhadap aspek pertahanan awam, keselamatan dan pengurusan bencana melalui penglibatan langsung bersama APM. Ia turut menzahirkan komitmen MARA dalam menyokong agenda keselamatan negara serta membentuk budaya tanggungjawab sosial dan sukarelawan dalam kalangan warga kerja.

 

Majlis menyaksikan seramai 105 penerima watikah pelantikan Pegawai Bersekutu dalam organisasi MARA. Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), En. Radzuan Razali, antara yang menerima penganugerahan Kolonel Bersekutu APM, sebagai pengiktirafan atas kepimpinan dan sumbangan beliau dalam memperkukuh peranan institusi pendidikan di bawah MARA Corporation ke arah pembangunan modal insan yang berdaya tahan dan patriotik.

 

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation merangkap Pen. Pesuruhjaya Bersekutu (PA), YBhg. En. Yahaya Sani, barisan pengurusan, warga kerja dan anak syarikat MARA.

 

MARA Corporation merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima watikah pelantikan dan berharap pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada semangat kesukarelawanan serta kesiapsiagaan warga MARA dalam mendukung aspirasi negara.