MARA Corp SMILE bersama komuniti: Menyatukan hati, membawa inspirasi
Group Audit engagement series with the Board of Directors
MARA Corp SMILE bersama komuniti: Menyatukan hati, membawa inspirasi
Group Audit engagement series with the Board of Directors
Mandat Pengerusi MARA Corporation sempena sesi libat urus bersama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kumpulan MARA Corporation

KUALA LUMPUR, 21 November 2025 – Selaras dengan aspirasi Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) kearah 'A Unified Entity', MARA Corporation (MARA Corp) telah menganjurkan satu sesi libat urus Pengerusi MARA Corp bersama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Kumpulan MARA Corp telah berlangsung di Hotel Premiera Kuala Lumpur dengan jayanya.

 

Dalam sesi tersebut, Ketua Pengarah MARA merangkap Pengerusi MARA Corp, Dato’ Zulfikri Osman, telah berkongsi pandangan, memberikan mandat serta mengadakan diskusi bersama para Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat subsidiari ke arah memperkukuh pelan strategik dan memantapkan hubungan antara organisasi. Sesi turut diteruskan dengan pembentangan mengenai hala tuju serta perkembangan terkini Kumpulan MARA Corp. Sesi ini telah menjadi platform bagi memperkaya hubungan dan menyemarakkan perkongsian idea dalam Kumpulan MARA.

 

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah MARA; Ahli Lembaga Pengarah MARA Corp; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corp, Encik Yahaya Sani; Pengerusi anak syarikat MARA Corp; Ketua Pegawai Eksekutif serta barisan pengurusan tertinggi anak syarikat MARA Corp.