
Group Corporate Legal & Secretarial Engagement 2026

Majlis Sinar Kasih Ramadan & Iftar MARA Corporation 2026

Group Corporate Legal & Secretarial Engagement 2026

Majlis Sinar Kasih Ramadan & Iftar MARA Corporation 2026
KUALA LUMPUR, 6 Mac 2026 – Majlis Perasmian Surau Al-Busana di BUSANA @ Menara MARA telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dato’ Zulfikri Osman bertempat di Aras 2, Menara MARA. Penganjuran majlis ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara pihak pengurusan, penyewa serta komuniti BUSANA di samping memperkenalkan kemudahan baharu yang menyokong keselesaan dan kesejahteraan warga kerja serta pengunjung.
Program turut diserikan dengan sesi lawatan sekitar program Raya Klasik anjuran BUSANA serta lawatan ke mural bertemakan Malaysia Kita yang mengetengahkan identiti kebangsaan, warisan budaya dan semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum. Dalam masa yang sama, inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui pembelian baju raya bersama anak-anak dari Rumah Kita dengan kerjasama para penyewa mencerminkan komitmen berterusan organisasi terhadap tanggungjawab sosial, sekali gus menyokong aktiviti ekonomi premis.
Program ini menjadi platform bermakna untuk pengurusan tertinggi meninjau perkembangan semasa dan berinteraksi secara langsung dengan para penyewa, sekali gus memperkukuh imej BUSANA sebagai pusat perniagaan yang aktif, berdaya saing dan berimpak positif kepada komuniti setempat.
Turut hadir, Pengarah Kanan Pelaburan, Dr. Azmi Amat Murjan; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation (MARA Corp), Encik Yahaya Sani; Pengerusi MARA Incorporated (MARA Inc), Datuk Wira Abdul Halim Mohammad; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan MARA Corp, En. Rahimi Ramli; Ketua Pegawai Eksekutif MARA Inc, En. Faizul Idzhar Ahmad Yazi; Naib Presiden Kanan Pengurusan Hartanah, En. Muhamad Zamir Muhamad Suki dan warga kerja MARA Inc.





















