MEX Rai Ulang Tahun ke-14, MARA Corporation perkukuhkan sokongan
Majlis Sambutan Aidilfitri MARA Corporation 2025
MEX Rai Ulang Tahun ke-14, MARA Corporation perkukuhkan sokongan
Majlis Sambutan Aidilfitri MARA Corporation 2025
Majlis Serumpun Lebaran MARA 2025: MARA Corp Perkukuh Ukhuwah, Raikan 7,000 Keluarga Besar

23 April 2025: Lebih 7,000 warga Kumpulan MARA berkumpul dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kekeluargaan sempena Majlis Serumpun Lebaran 2025, menzahirkan ikatan ukhuwah yang menjadi teras kekuatan institusi ini sejak sekian lama.

 

Sebagai sayap pelaburan dan pemacu korporat MARA, MARA Corporation berbangga menjadi antara tulang belakang dan penganjur bersama MARA, ANSARA dan MUAFAKAT dalam merealisasikan sambutan meriah ini, yang turut dihadiri YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

 

Kehadiran pimpinan utama termasuk Pengerusi MARA, Ketua Pengarah MARA, Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, Encik Yahaya Sani serta kepimpinan anak-anak syarikat memperlihatkan kesepaduan dan semangat kolaboratif antara agensi serta anak syarikat di bawah keluarga besar MARA. Disamping itu, Kumpulan Syarikat MARA Corp turut meraikan rakan-rakan usahasama, wakil agensi, kementerian dan institusi serta pemegang taruh di dalam majlis tersebut

 

Lebih istimewa, persembahan daripada bakat dalaman warga MARA dan penampilan “The CEO Band” yang menampilkan Ketua Pengarah MARA, Dato’ Zulfikri Osman telah menghidupkan lagi suasana yang sarat dengan semangat kekitaan.

 

Kejayaan majlis ini turut didokong oleh sinergi erat antara MARA, Kumpulan MARA Corp, MUAFAKAT, ANSARA serta institusi-institusi di bawah MARA seperti GMI, DDEC, FITEC, GIATMARA dan YPM telah membuktikan bahawa kesatuan dalam keluarga besar MARA mampu merealisasikan apa jua aspirasi.