
MARA Corporation menyemai kasih & meraikan warga emas Pusat Jagaan Nur Hasanah di majlis berbuka puasa

Majlis Serumpun Lebaran MARA 2025: MARA Corp Perkukuh Ukhuwah, Raikan 7,000 Keluarga Besar

MARA Corporation menyemai kasih & meraikan warga emas Pusat Jagaan Nur Hasanah di majlis berbuka puasa

Majlis Serumpun Lebaran MARA 2025: MARA Corp Perkukuh Ukhuwah, Raikan 7,000 Keluarga Besar
17 April 2025: MARA Corporation terus menyokong usaha pembangunan anak syarikatnya apabila Pengerusinya, YBrs. Encik Mohamad Rafi bin Shahzada hadir merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 anjuran MARA Excellent Ventures (MEX), yang turut disertakan dengan pelancaran Pejabat Baharu dan Bilik Latihan MEX sempena ulang tahun ke-14 syarikat tersebut.
Majlis yang berlangsung di Aras 24, Menara MARA ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi MEX, YBhg. Datuk Seri Haji Syed Ibrahim bin Kader, wakil-wakil Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, barisan pengurusan MARA, MARA Corp dan MEX, rakan strategik serta warga kerja. Perasmian ini menandakan satu langkah positif ke arah peningkatan keupayaan dan kemudahan dalaman MEX dalam menyokong operasi harian dan latihan staf.
Encik Rafi dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan atas pencapaian MEX dan yakin fasiliti baharu ini akan memperkukuh lagi prestasi syarikat. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada YBrs. Encik Yahaya bin Sani atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation yang baharu.















