
Lawatan kerja GCEO MARA Corporation ke AAT kukuhkan sinergi dan aspirasi MRO Bumiputera

MARA Corporation promotes wellness and active living in conjunction with Hari Sukan Negara 2025

Lawatan kerja GCEO MARA Corporation ke AAT kukuhkan sinergi dan aspirasi MRO Bumiputera

MARA Corporation promotes wellness and active living in conjunction with Hari Sukan Negara 2025
KUALA KEDAH, 12 Oktober 2025 – Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Haji Ismail 2025 telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation (MARA Corp), YBhg. En. Yahaya Sani, bagi meraikan kejayaan pelajar cemerlang serta menghargai dedikasi guru dan ibu bapa dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya maju. Majlis ini menjadi simbol kerjasama erat antara komuniti pendidikan dan sektor korporat dalam memperkukuh ekosistem pembangunan modal insan negara.
Dalam majlis tersebut, anak syarikat MARA Corp, Rural Capital Berhad (RCB) turut menyumbangkan dua unit Smart TV bagi kegunaan pembelajaran murid di sekolah berkenaan, sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif pendidikan digital dan pembelajaran interaktif di peringkat akar umbi. Penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. En. Yahaya Sani selaku wakil kumpulan MARA Corp. Turut hadir, Ketua Cawangan RCB Kedah/Perlis, YBrs. En. Muhammad Suffian Muda, barisan pentadbir sekolah, Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru serta ibu bapa pelajar.
Selaras dengan aspirasi MARA Corp untuk membina masyarakat berpengetahuan dan berdaya saing, inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MARA Corp dalam menyokong pembangunan pendidikan luar bandar dan memupuk semangat kecemerlangan dalam kalangan pelajar muda.










