
MARA Fun Run Anak Malaysia 2025: Menyemarakkan semangat Unified Entity

Majlis Apresiasi Kecemerlangan SK Haji Ismail 2025 meraikan kejayaan, menyemai semangat ilmu

MARA Fun Run Anak Malaysia 2025: Menyemarakkan semangat Unified Entity

Majlis Apresiasi Kecemerlangan SK Haji Ismail 2025 meraikan kejayaan, menyemai semangat ilmu
SUBANG, 9 Oktober 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, YBhg. En. Yahaya Sani, telah mengadakan lawatan kerja ke Asia AeroTechnic Sdn. Bhd. (AAT), anak syarikat MARA Corporation yang menyediakan perkhidmatan Maintenance, Repair and Overhaul (MRO) dalam industri penerbangan.
Lawatan ini bertujuan meninjau operasi harian serta memahami dengan lebih dekat keupayaan teknikal dan potensi pertumbuhan AAT. Dalam sesi walkabout tersebut, En. Yahaya turut berinteraksi bersama warga kerja AAT, menerima taklimat mengenai prestasi syarikat, serta membincangkan strategi masa depan yang sejajar dengan aspirasi MARA Corporation untuk memperkukuh penyertaan Bumiputera dalam sektor penerbangan strategik.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen MARA Corporation dalam memastikan setiap anak syarikat terus berdaya saing, berinovasi dan menyumbang secara signifikan kepada agenda pembangunan ekonomi Bumiputera melalui ekosistem korporat yang mampan.












