
UniKL 22nd Convocation Sponsors Appreciation Ceremony 2025

Kerjasama Strategik Industri Penerbangan melalui lawatan Lion Air dan Batik Air ke UniKL MIAT

UniKL 22nd Convocation Sponsors Appreciation Ceremony 2025

Kerjasama Strategik Industri Penerbangan melalui lawatan Lion Air dan Batik Air ke UniKL MIAT
KUALA LUMPUR, 19 Disember 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation (MARA Corp), Encik Yahaya Sani telah menyempurnakan penyampaian sijil kepada para graduan pada sesi ketiga Majlis Konvokesyen Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) ke-3 yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Majlis Konvokesyen UPTM ke-3 menyaksikan seramai 2,075 graduan diraikan, dengan 644 graduan menerima sijil pada sesi ketiga yang terdiri daripada penerima Anugerah Industri, graduan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma daripada Fakulti Perniagaan dan Perakaunan serta Fakulti Pengkomputeran dan Multimedia. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran rakan strategik industri yang menjadi pemacu kepada kejayaan inisiatif akademik dan kolaborasi strategik UPTM.
Dalam pada itu, Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang ke-41 akan berlangsung dari 20 hingga 23 Disember 2025. Seramai 7,025 graduan KPTM akan menerima skrol, melibatkan 150 graduan Ijazah dan 6,875 graduan Diploma, sekali gus mencerminkan peranan berterusan MARA dan MARA Corp dalam melahirkan modal insan berkualiti. Secara keseluruhan, seramai 9,100 graduan daripada UPTM dan KPTM akan menerima skrol pada kedua-dua majlis konvokesyen ini.
MARA Corp merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan dan berharap kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pembentukan lebih ramai profesional Bumiputera berdaya saing yang mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negara di peringkat nasional dan global.





















