
ALPHA Engagement Session U.N.I. Perkukuh Hala Tuju Road to IPO

Group Corporate Legal & Secretarial Engagement 2026

ALPHA Engagement Session U.N.I. Perkukuh Hala Tuju Road to IPO

Group Corporate Legal & Secretarial Engagement 2026
KUALA LUMPUR, 25 Januari 2026 – Program MARA Sihat: The Sweet Escape 2026 Siri 1 membuka tirai dengan pelbagai aktiviti sihat dan penuh semangat seperti Zumba Kids, Senamrobik Ener-GenZ, sukaneka, sukan rakyat serta selingan persembahan lagu dari Lantai 18. Program ini turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah, sekali gus mewujudkan suasana penuh energi dan kebersamaan.
Program ini dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Bahagian Sumber Manusia (BSM) dengan kerjasama MARA Corporation (MARA Corp) selaku rakan strategik yang terlibat secara aktif, termasuk penyediaan hadiah cabutan bertuah kepada peserta. Turut bekerjasama menjayakan program ialah Pejabat MARA Wilayah, GIATMARA, AKRAB, PESARA dan Tadika MARA. Penganjuran program ini selari dengan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ‘War on Sugar’, bagi membendung diabetes serta gaya hidup sedentari.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah MARA, Dato’ Zulfikri Osman, bersempena sambutan ulang tahun MARA ke-60. Program ini menjadi platform berkesan untuk memupuk gaya hidup sihat, memimpin melalui teladan serta mengukuhkan hubungan antara pengurusan dan warga kerja MARA.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corp, Encik Yahaya Sani; Pengarah Perancangan dan Komunikasi Korporat Kumpulan, Dato’ Amir Azhar Ibrahim; Pengarah Perundangan Korporat & Kesetiausahaan Kumpulan, Puan Nazli Hani Saat; dan warga kerja MARA dan subsidiari MARA.





















