
Amanat Tahun Baharu MARA 2026

Program MARA Sihat: The Sweet Escape 2026 Siri 1

Amanat Tahun Baharu MARA 2026

Program MARA Sihat: The Sweet Escape 2026 Siri 1
KUALA LUMPUR, 23 Januari 2026 – Program Alpha Engagement Session Road to IPO (U.N.I. Klinik, Dental & Farmasi) telah berlangsung di Premiera Hotel Kuala Lumpur, menghimpunkan komuniti profesional U.N.I. dalam satu sesi penglibatan strategik bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA), MARA Corporation (MARA Corp) dan CapM. Program ini berfungsi sebagai platform utama untuk memperkukuh kerjasama serta komitmen usahawan ProSPEC dalam membangunkan ekosistem kesihatan U.N.I. yang tersusun dan berorientasikan pertumbuhan jangka panjang.
Sesi ini memberi tumpuan kepada penyelarasan hala tuju strategik jenama U.N.I., yang kini merangkumi 114 klinik, 35 dental dan 13 farmasi, termasuk perbincangan berkaitan pelan penyatuan di bawah satu entiti bersepadu sebagai persediaan ke arah penyenaraian di Bursa Malaysia. Pendekatan ini bertujuan memperkukuh tadbir urus korporat, meningkatkan kecekapan operasi serta menyokong peluasan perniagaan melalui pengurusan yang lebih profesional dan berstruktur.
Inisiatif Road to IPO ini mencerminkan komitmen MARA dalam memperkasa usahawan rangkaian kesihatan U.N.I. agar terus berkembang secara kolektif, di samping meningkatkan standard penjagaan pesakit dan membina rangkaian kesihatan yang kolaboratif serta berimpak tinggi. Program ini turut menggalakkan penglibatan aktif pihak berkepentingan serta melangkah ke hadapan dengan semangat One Unified Entity demi merealisasikan visi besar U.N.I. sebagai pemain utama dalam industri kesihatan negara.
Turut hadir Ketua Pengarah MARA, Dato’ Zulfikri Osman; Timbalan Ketua Pengarah MARA, Encik Zahari Aziz; Pengarah Infrastruktur dan Komersial MARA, Puan Mimi Mazlin Mohamad Yusof; Pengarah Perancangan dan Komunikasi Korporat Kumpulan MARA Corp, Dato’ Amir Azhar Ibrahim; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan MARA Corp, En. Rahimi Ramli; Pengerusi Eksekutif CapM, Dato’ Jamelah Jamaluddin; Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Komersial MARA, Encik Noru Shamsudin; Ketua Pegawai Eksekutif P.C.M. Sdn. Bhd., Encik Hisshamuddin Omar serta para usahawan ProSPEC.





















