MARA Corporation Group Budget Retreat 2025
Larian MARA 2025: 800 Peserta gemakan Ulang Tahun MARA ke-59!
MARA Corporation Group Budget Retreat 2025
Larian MARA 2025: 800 Peserta gemakan Ulang Tahun MARA ke-59!
Pertembungan Epik: MARA Mavericks FC & CEO All Stars pamer aksi bertenaga!

21 Februari 2025: Perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan pilihan pengurusan MARA (MARA Mavericks FC) dan CEO Subsidiari MARA (CEO All Stars) berlangsung di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), Kampus Sepang. Perlawanan tersebut berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan menunjukkan rentak permainan saling menyerang sejak tiupan wisel pertama sehingga tamat permainan.

 

Acara ini bermula dengan penuh semangat apabila kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik masing-masing. Pasukan MARA Mavericks FC mendahului jaringan pertama pada minit awal perlawanan dan berjaya menambah satu lagi jaringan pada pertengahan permainan.

 

CEO All Stars tidak berputus asa dan bangkit dengan semangat juang yang tinggi. Hasilnya, Rahimi Ramli berjaya merobek gawang MARA Mavericks FC dengan rembatan kencang menerusi sepakan penalti di saat-saat akhir perlawanan. Walaupun begitu, keputusan kekal 2 -1 sehingga wisel penamat ditiupkan dengan kemenangan berpihak kepada MARA Mavericks FC.

 

Perlawanan persahabatan ini dipimpin oleh Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan, Dato’ Zulfikiri Osman, selaku Kapten Pasukan MARA Mavericks FC, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corp, En. Zulkarnain Taman, mengetuai pasukan CEO All Stars. Perlawanan ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Sri Azhar Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA yang turut menyertai perlawanan tersebut.