
Pertembungan Epik: MARA Mavericks FC & CEO All Stars pamer aksi bertenaga!

Pertembungan Epik: MARA Mavericks FC & CEO All Stars pamer aksi bertenaga!
23 Februari 2025: Sempena Ulang Tahun Penubuhan MARA yang ke-59, Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT) bersama Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA), dengan kerjasama MARA, telah menganjurkan Larian MARA 2025 yang berlangsung dengan penuh meriah di Medan MARA.
Seramai 800 peserta telah menyertai program larian ini, yang bermula seawal 6.45 pagi dengan sesi senamrobik, diikuti oleh acara larian yang dilepaskan pada 7.15 pagi. Majlis perasmian telah disempurnakan dengan penuh gilang-gemilang oleh Ketua Pengarah MARA, Dato’ Sri Azhar Abdul Manaf, yang turut melepaskan peserta larian bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, Zulkarnain Taman, serta dif-dif kehormat.
Lebih menarik, cabutan nombor bertuah turut diadakan, menambahkan lagi keterujaan dan debaran dalam kalangan peserta larian.
Program ini turut mendapat sokongan serta tajaan daripada pelbagai syarikat dan pertubuhan, antaranya Kelab Sukan dan Rekreasi MARA (KSRM), MARA Corporation Sdn. Bhd., Rural Capital Berhad, BubbleO2, KHR, Muafakatpay, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MAHIR.