Half-Year Performance Business Plan & Budget Review Retreat 2025
MARA Corporation Strengthens Awareness Compliance with the Personal Data Protection Act (PDPA)
Half-Year Performance Business Plan & Budget Review Retreat 2025
MARA Corporation Strengthens Awareness Compliance with the Personal Data Protection Act (PDPA)
MARA Corporation sokong pembangunan generasi muda di UniKL Arts Festival 2025

24 Ogos 2025 – UniKL Arts Festival telah melabuhkan tirainya selepas berlangsung selama 4 hari bermula 20 hingga 24 Ogos 2025 di tiga lokasi utama iaitu UniKL Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak serta Kelab Golf Diraja Perak. Festival yang berkonsepkan Artistic, Recognition & Talent Support (ARTS) ini mencerminkan komitmen Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam menyokong pembangunan holistik para mahasiswanya.

 

Selaras dengan kerangka pembangunan UniKL SPICES (Spiritual, Physics, Intellectual, Career, Emotional & Social), festival ini menjadi platform untuk mahasiswa menyerlahkan bukan sahaja kecemerlangan akademik, tetapi juga bakat, kreativiti dan kepimpinan. Ia turut membantu meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta kreativiti yang merupakan elemen penting dalam kerjaya dan kehidupan sosial.

 

Majlis penutup turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, YBhg. En. Yahaya Sani sebagai tetamu kehormat. Kehadiran beliau menzahirkan sokongan MARA Corporation terhadap usaha memperkukuh pembangunan generasi muda melalui gabungan pendidikan teknikal dan kesenian, sekali gus memperkasa mahasiswa sebagai pemimpin masa hadapan.