
Engagement Session with the Chairman of BARC, MARA Corporation

Amanat Tahun Baharu MARA 2026

Engagement Session with the Chairman of BARC, MARA Corporation

Amanat Tahun Baharu MARA 2026
SEREMBAN, 8 Januari 2026 – MARA Corporation (MARA Corp) telah mengadakan sesi kunjung hormat dan perbincangan bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri Baharuddin, bertempat di Pejabat Datuk Bandar Seremban. Sesi ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan strategik serta membuka ruang perbincangan mengenai potensi kolaborasi antara kedua-dua pihak.
Perbincangan memfokuskan kepada peluang kerjasama berimpak tinggi, khususnya dalam menyokong pembangunan ekonomi tempatan serta pelaksanaan inisiatif strategik yang selari dengan aspirasi pembangunan bandar dan kesejahteraan komuniti setempat. Sesi libat urus ini mencerminkan komitmen berterusan MARA Corp dalam memperkukuh kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi merealisasikan inisiatif yang mampan serta memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corp, Encik Yahaya Sani; Pengarah Majlis Amanah Rakyat Negeri Sembilan, Puan Rohana Jusoff; Pengarah Perancangan Korporat dan Komunikasi Kumpulan MARA Corp, Dato’ Amir Azhar Ibrahim; Pengarah Perkhidmatan Korporat Kumpulan MARA Corp, Encik Mazri Abdul Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan MARA Incorporated Sdn. Bhd., Encik Faizul Idzhar Ahmad Yazi; Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad, Encik Hiruddin Hashim; Pengarah Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MBS, Encik Mohd Lotffee Abdullah dan Ketua Unit Komunikasi Korporat MBS, Encik Shamaruddin Saidin.












