
MARA Corp Strengthens Cybersecurity Awareness across the Group

Half-Year Performance Business Plan & Budget Review Retreat 2025

MARA Corp Strengthens Cybersecurity Awareness across the Group

Half-Year Performance Business Plan & Budget Review Retreat 2025
10 Julai 2025 – MARA Corporation terus memperkukuh komitmennya terhadap budaya tadbir urus berintegriti melalui penganjuran Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 13, Bil. 2/2025 - Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK) dengan kerjasama Malaysia Anti-Corruption Academy (MACA). Program ini melibatkan 35 peserta, terdiri daripada 28 peserta Kumpulan MARA Corporation dan 7 peserta dari GIATMARA. Sepanjang 12 hari pengisian intensif bermula 17 Jun hingga 10 Julai 2025, peserta didedahkan kepada modul seperti Pengurusan Risiko Rasuah (CRM), Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), dan kawalan dalaman bagi memperkukuh kompetensi sebagai ejen perubahan berintegriti.
Majlis penutup disempurnakan oleh Naib Presiden Kanan, Audit Dalaman & Integriti Kumpulan MARA Corporation, YBrs. Encik Norhisham Nordin, yang turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen yang ditunjukkan serta menekankan pentingnya penghayatan nilai integriti dalam tugasan harian. Turut hadir ialah Pengarah Kanan MACA, YBhg. Dato’ Pesuruhjaya Mohd Hafaz Nazar dan barisan tenaga pengajar MACA. MARA Corporation juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MACA dan MARA Excellent Ventures Sdn. Bhd. (MEX) atas kerjasama menjayakan program ini.
Kejayaan penganjuran ini mengukuhkan lagi iltizam MARA Corporation untuk terus membudayakan integriti dan melahirkan warga kerja beretika yang mampu memacu tadbir urus berakauntabiliti di semua peringkat organisasi.




















