
Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kali ke-12

MARA Corporation and Batik Air forge Strategic Aviation Partnership to advance Malaysia’s MRO and Talent Ecosystem

Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kali ke-12

MARA Corporation and Batik Air forge Strategic Aviation Partnership to advance Malaysia’s MRO and Talent Ecosystem
KUALA LUMPUR, 3 Mei 2026 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) meraikan detik bersejarah sempena Sambutan 60 Tahun MARA melalui Majlis Perasmian yang berlangsung meriah di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), sebagai simbol enam dekad komitmen memperkasa pendidikan, keusahawanan dan pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Menteri KKDW, YB Datuk Hajah Rubiah Wang; Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Pengarah MARA, Dato’ Zulfikri Osman; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation (MARA Corp), Dato’ Amir Azhar Ibrahim; Ahli Majlis MARA, barisan pengurusan tertinggi MARA dan MARA Corp serta seluruh warga kerja MARA dan kumpulan subsidiari yang menjadi tulang belakang kejayaan MARA selama enam dekad.
Sambutan ini bukan sahaja meraikan pencapaian lalu, malah mengangkat aspirasi masa depan ke arah memperkukuh impak MARA dalam landskap pembangunan negara.





















