Sambutan Hari Kebangsaan Kumpulan MARA Corporation 2024
Lawatan kerja Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation ke Rural Capital Berhad (RCB)

1 Oktober 2024: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, Haji Zulkarnain Taman melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Rural Capital Berhad (RCB) di Menara MARA.

 

Lawatan kerja bermula dengan perkongsian pengalaman serta hala tuju beliau kepada pengurusan kanan syarikat itu. Beliau turut berkongsi beberapa teras bagi memastikan kemajuan yang mampan bagi sesebuah entiti perniagaan seperti RCB. Pertemuan disusuli pembentangan perniagaan RCB, diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Hiruddin Hashim. Suai kenal turut diadakan dengan seluruh warga kerja syarikat itu.