TPM hadir retreat syarikat MARA
Lawatan kerja Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation ke Rural Capital Berhad (RCB)
Sambutan Hari Kebangsaan Kumpulan MARA Corporation 2024

7 & 8 September 2024: Kumpulan MARA Corporation telah menganjurkan empat program bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024.

 

Pada 7 September, Sukan Rakyat Merdeka dan Sayembara Deklamasi Puisi telah berlangsung di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kampus Bangi, Selangor. Majlis dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, Encik Zulkarnain Taman, diiringi gimik perasmian tarik tali yang disertai oleh beberapa Ketua Pegawai Eksekutif Subsidiari dan ahli pengurusan kanan syarikat masing-masing. Acara-acara berlangsung dengan penuh meriah termasuk pertandingan congkak, tarik tali, bola beracun, sepak raga bulatan, futsal sarung dan bola jaring sarung. Setiap acara diwakili turut disertai anggota pengurusan kanan, manakala seramai 12 peserta menyertai Sayembara Deklamasi Puisi.

 

Keesokan harinya, bertempat di Bangunan MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, kira-kira 1,000 orang menyertai Merdeka Fun Walk, Run & Ride IKM Kuala Lumpur dan Kumpulan MARA Corporation. Acara flag-off disempurnakan Ketua Pengarah MARA, Dato’ Sri Azhar Abdul Manaf. Dato’ Sri Azhar turut disertai beberapa anggota Pengarah MARA, anggota pengurusan kanan MARA Corporation serta subsidiari dan IKM Kuala Lumpur. Turut diadakan, penyampaian hadiah bagi pertandingan Kibarkan Jalur Gemilang, cabutan nombor bertuah dan aktiviti mencanting batik.