Empowering Tomorrow’s Leaders-A CEO’s Story at UniKL
Signing Letter of Cooperation for Feasibility Study to set up MRO JV in Indonesia between Asia AeroTechnic Sdn. Bhd. & PT. TransNusa Aviation
Program Selangkah ke Universiti 2023

12 December 2023: Program Selangkah ke Universiti 2023 anjuran Yayasan Pelajaran MARA (YPM) telah disempurnakan perasmiannya oleh Naib Presiden Kanan Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Mara Corporation, En. Ahmad ‘Asri bin Khalbi, selaku wakil rasmi Ketua Pegawai Eksekutif, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentul Utama, Kuala Lumpur.

Program tersebut memberi pendedahan berkaitan hala tuju pendidikan tinggi kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi. Selain hala tuju kerjaya pendidikan, aspek motivasi turut didedahkan kepada para pelajar yang hadir dari beberapa buah sekolah di sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur.

Lebih 300 pelajar hadir, terdiri dari pelajar-pelajar dari SMK Sentul Utama, SMK Seksyen 5 Wangsa Maju, SMK Zon R1 Wangsa Maju, SMK Taman Seri Rampai, SMK Kepong Baru dan SMK Raja Abdullah.