
Tan Sri Muhammad Ibrahim Advocates for Future-ready UniKL Graduates in a Changing Economy

Tan Sri Muhammad Ibrahim Advocates for Future-ready UniKL Graduates in a Changing Economy
PUTRAJAYA, 20 Jun 2026 - Kumpulan MARA Corporation berbesar hati menyokong Program Larian 120 Tahun (Audit Run) sempena sambutan ulang tahun ke-120 Jabatan Audit Negara (JAN) yang berlangsung di Dataran Wawasan, Putrajaya.
Seramai 18 peserta Kumpulan MARA Corp telah mengambil bahagian sebagai tanda sokongan terhadap institusi yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh integriti, akauntabiliti dan tadbir urus negara.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corp, En Yahaya Sani; Pengarah Perancangan Korporat & Komunikasi Kumpulan, Dato’ Amir Azhar Ibrahim; Pengarah Perundangan Korporat & Kesetiausahaan Kumpulan, Puan Nazli Hani Saat; Pengarah Risiko, Pematuhan & Integriti Kumpulan, En Iqzuan Idris; wakil subsidiari serta kakitangan Kumpulan MARA Corp.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen MARA Corp dalam memperkukuh hubungan strategik antara agensi kerajaan sambil mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga sektor awam.















