Kunjungan Hormat: KPTMSB Perkukuh Jaringan Antarabangsa dengan Kedutaan Republik Uzbekistan
Kunjungan Hormat: KPTMSB Perkukuh Jaringan Antarabangsa dengan Kedutaan Republik Uzbekistan
Lawatan UPTM Postgraduate Edu Fair 2026

KUALA LUMPUR, 8 Julai 2026 - Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) menganjurkan UPTM Postgraduate Edu Fair 2026, sebuah inisiatif bagi memperluaskan akses kepada maklumat pengajian pascasiswazah serta memperkukuh hubungan antara institusi akademik, industri dan komuniti. Program selama tiga hari ini menghimpunkan UPTM, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Institusi Pendidikan MARA (IPMa), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), rakan strategik industri serta masyarakat umum dalam satu platform yang bersepadu.

 

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation (MARA Corp), Tuan Haji Yahaya Sani yang mengadakan sesi walkabout ke reruai pameran dan berkesempatan menyantuni para pempamer. Penganjuran ini turut membuka peluang kepada bakal pelajar untuk mendapatkan khidmat konsultasi berkaitan program Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD), laluan kemasukan, pembiayaan pengajian, prospek kerjaya serta peluang penyelidikan.

 

Selaras dengan aspirasi negara, UPTM terus komited dalam memperkukuh ekosistem pendidikan pascasiswazah yang inklusif, berdaya saing dan berimpak, sekali gus melahirkan lebih ramai tenaga profesional, penyelidik dan pemimpin masa hadapan.