Program CSR di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia bersama Rural Capital Berhad (RCB)
Majlis Berbuka Puasa Kumpulan MARA Corporation 2023
Kejohanan Badminton Kumpulan MARA Corporation
4 Mac 2023: Satu Kejohanan Badminton Kumpulan MARA Corp telah diadakan dengan penuh semangat di bawah Kelab Sukan dan Rekreasi MARA Corporation (KSRMC) di Kompleks MSN Setiawangsa. Setiap anak syarikat MARA Corp telah menghantar wakil bagi menyertai kejohanan ini. Kejohanan ini telah menjadi satu inisiatif yang sempurna untuk menggalakkan kolaborasi dan kebersamaan di kalangan wakil dari pelbagai bahagian dan cawangan. Kejohanan ini juga memberi peluang kepada wakil daripada setiap anak syarikat untuk berinteraksi dan berkenalan.