
MARA dan MARA Corp terus Memperkukuh Hubungan Korporat dan Kerjasama Strategik bersama Bank Islam

Tan Sri Muhammad Ibrahim Advocates for Future-ready UniKL Graduates in a Changing Economy

MARA dan MARA Corp terus Memperkukuh Hubungan Korporat dan Kerjasama Strategik bersama Bank Islam

Tan Sri Muhammad Ibrahim Advocates for Future-ready UniKL Graduates in a Changing Economy
SEPANG, 15 Mei 2026 – Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) telah menganjurkan AeroCarnival dan Open Day UniKL MIAT 2026 di Kampus Sepang. Majlis perasmiannya yang disempurnakan oleh Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA, Dr. Azmi Amat Murjan telah dihadiri oleh 350 tetamu terdiri daripada rakan strategik industri, pihak pengurusan MARA dan subsidiari, pensyarah serta mahasiswa dan mahasiswi UniKL MIAT.
AeroCarnival 2026 merupakan acara tahunan UniKL MIAT yang menjadi platform dalam mempromosikan kesedaran penerbangan, pendidikan aeroangkasa, inovasi teknikal dan penglibatan industri melalui konsep “Teaching Factory”. Program ini menampilkan pelbagai pengisian seperti pameran industri, paparan pesawat, forum, pertandingan teknikal, peluang kerjaya dan sesi jaringan bersama pakar industri.
Majlis itu juga menyaksikan Sesi Penyerahan Surat Niat daripada Batik Air dan Galaxy Aerospace (M) Sdn. Bhd. kepada UniKL sebagai usaha memperkukuh kerjasama strategik industri dan akademia. Selain itu, turut dilancarkan Program Future Leaders in Youth Talent Education (FLYTE) dalam usaha melahirkan bakat muda berpotensi dalam industri penerbangan dan aeroangkasa.
Program ini mendapat sokongan rakan strategik seperti GE Aerospace, Malaysia Airports Holdings Berhad, CTRM Aero Composites, Raya Airways dan Moscow Aviation Institute (MAI) dalam usaha memperkukuh pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta menyokong aspirasi Malaysia sebagai hab aeroangkasa serantau yang kompetitif.
Turut hadir, Pengarah Perundangan Korporat & Kesetiausahaan Kumpulan MARA Corporation, Puan Nazli Hani Saat; Atase Pengangkutan, Kedutaan Besar Republik Indonesia, Ibu Sindu Rahayu; dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Prof. Ir. Dr. Azman Senin.




















