MARA 60 Tahun: Memacu Disiplin Pelaburan dan Impak Sosioekonomi Beterusan
Majlis Perasmian Aerocarnival dan Open Day UniKL MIAT 2026
MARA 60 Tahun: Memacu Disiplin Pelaburan dan Impak Sosioekonomi Beterusan
Majlis Perasmian Aerocarnival dan Open Day UniKL MIAT 2026
MARA dan MARA Corp terus Memperkukuh Hubungan Korporat dan Kerjasama Strategik bersama Bank Islam

KUALA LUMPUR, 8 Mei 2026 - Sesi libat urus antara Majlis Amanah Rakyat (MARA), MARA Corporation (MARA Corp) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah berlangsung dengan jayanya dalam usaha memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama yang mampu memberi nilai tambah kepada semua pihak.

 

Delegasi Bank Islam diketuai oleh Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan, Perbankan Institusi Kumpulan, Puan Sharifah Sarah Syed Mohamed Tahir bersama barisan pengurusan tertinggi lain termasuk Bendahari Kumpulan, Puan Azdini; Pengarah Perbankan Transaksi, En. Jasarudin; Pengarah Penyelesaian Pelanggan Komersial, En. Ahmad Haliman. Sesi ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh sinergi strategik antara institusi demi pembangunan yang lebih mampan dan berimpak tinggi.

 

Turut hadir mewakili MARA ialah Pengarah Kanan (Pelaburan), Dr. Azmi Amat Murjan manakala MARA Corp diwakili oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Amir Azhar Ibrahim. Sesi ini turut disertai barisan pengurusan MARA, MARA Corp serta subsidiari. Diharapkan sesi libat urus ini menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat serta membuka lebih banyak ruang kolaborasi strategik pada masa hadapan demi manfaat bersama dan pembangunan ekosistem ekonomi Bumiputera yang progresif serta mampan.