
KPTMSB pays nearly RM20 Million Dividend to MARA Corp, Driven by Consistent Three-year Performance

MARA dan MARA Corp terus Memperkukuh Hubungan Korporat dan Kerjasama Strategik bersama Bank Islam

KPTMSB pays nearly RM20 Million Dividend to MARA Corp, Driven by Consistent Three-year Performance

MARA dan MARA Corp terus Memperkukuh Hubungan Korporat dan Kerjasama Strategik bersama Bank Islam
KUALA LUMPUR, 5 Mei 2026 – Sektor Korporat Kewangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menganjurkan sidang media pertama yang diketuai oleh Ketua Pengarah MARA, Dato’ Zulfikri Osman, bersama barisan kepimpinan kanan sektor pelaburan dan korporat.
Dalam majlis tersebut, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation (MARA Corp), Dato’ Amir Azhar Ibrahim, telah menyampaikan mock-up cek dividen berjumlah RM25.2 juta kepada Dato’ Zulfikri Osman bagi pihak MARA. Sumbangan ini mencerminkan prestasi kewangan yang kukuh serta peranan berterusan MARA Corp sebagai cabang pelaburan strategik dalam menjana pulangan mampan kepada MARA.
Majlis turut menyaksikan pelancaran Coffee Table Book Sektor Korporat Kewangan yang menampilkan pencapaian dan peranan strategik sektor ini dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi. Kehadiran hampir 30 pengamal media dari lebih 10 agensi media turut memperkukuh jaringan kerjasama serta penyampaian maklumat kepada umum.
Secara keseluruhan, sidang media ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memperkukuh kedudukan kewangan melalui prestasi pelaburan yang mampan. Penyerahan dividen oleh MARA Corp menjadi bukti keupayaan sektor korporatnya dalam menjana nilai serta menyokong agenda pembangunan sosioekonomi negara secara konsisten.












